Sunday, September 18

Domain Afektif Taksonomi Kratwohl

Taksonomi Domain Afektif (Krathwohl)

Taksonomi Domain Afektif (Krathwohl)
Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara-perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka, atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Bidang ini tidak dititikberatkan di sekolah. Dengan itu, guru harus memupuk perasaan suka dan minat dikalangan murid dalam mata pelajaran yang diajarnya. Perasaan afektif seperti suka dan minat adalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Selain daripada perasaan suka dan minat, domain afektif ini meliputi berbagai-bagai perasaan yang menuju ke peringkat yang paling tinggi, iaitu perwatakan.
Aras taksonomi Krathwohl

Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian dan menjawab dengan lengkap.

Gerakbalas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

(Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.

No comments: